Thursday, 28 November 2013

[DIARI DR ZURA] : Don't take things/person for granted

Assalamualaikum

Terlalu lama tidak singgah. Sibuk dengan macam-macam hal.

Baru-baru ini seorang teman rapat saya baru kehilangan suami tercinta. Meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan lancar dan mudah.
Sedikit terkesan kerana mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jadi pulak pada kawan yang rapat. Saya sangat bersimpati terhadap beliau dan seluruh keluarga.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana peritnya untuk beliau menghadapi semua ini. Saya dan teman-teman yang lain cuba untuk memberi sokongan moral kepada teman kami ini.

Peristiwa ini menyedarkan saya...tak semua perkara kekal. Semuanya adalah milikNya yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara. Jadi janganlah kita terlalu alpa.
Masa kita akan tiba juga kelak. Bersediakah kita untuk melangkah ke alam yang lain? Alam yang lebih kekal? Alam yang lebih penting, yang menentukan tempat kita?
Atau bersediakah kita menghadapi keadaan di mana orang yang kita sayang tiada lagi bersama kita selama-lamanya?
Saya harap cerita ini dapat mengingatkan kita semua. Appreciate life as much as possible. Appreciate the people around us as much as possible. Bersyukur dengan segala yang kita ada. Do not take things / person we loved for granted.

"Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as a trial; and to Us you will return." [Qur'an 21:35]