Thursday, 28 November 2013

[DIARI DR ZURA] : Don't take things/person for granted

Assalamualaikum

Terlalu lama tidak singgah. Sibuk dengan macam-macam hal.

Baru-baru ini seorang teman rapat saya baru kehilangan suami tercinta. Meninggal dunia kerana kemalangan kereta. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan lancar dan mudah.
Sedikit terkesan kerana mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jadi pulak pada kawan yang rapat. Saya sangat bersimpati terhadap beliau dan seluruh keluarga.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana peritnya untuk beliau menghadapi semua ini. Saya dan teman-teman yang lain cuba untuk memberi sokongan moral kepada teman kami ini.

Peristiwa ini menyedarkan saya...tak semua perkara kekal. Semuanya adalah milikNya yang hanya dipinjamkan kepada kita buat sementara. Jadi janganlah kita terlalu alpa.
Masa kita akan tiba juga kelak. Bersediakah kita untuk melangkah ke alam yang lain? Alam yang lebih kekal? Alam yang lebih penting, yang menentukan tempat kita?
Atau bersediakah kita menghadapi keadaan di mana orang yang kita sayang tiada lagi bersama kita selama-lamanya?
Saya harap cerita ini dapat mengingatkan kita semua. Appreciate life as much as possible. Appreciate the people around us as much as possible. Bersyukur dengan segala yang kita ada. Do not take things / person we loved for granted.

"Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as a trial; and to Us you will return." [Qur'an 21:35]

Wednesday, 16 October 2013

[Inspired Dr Zura]: Billionaire Usia Muda

Salam

Beberapa bulan yang lepas, ada seorang rakan baik saya share tentang 1 produk seaweed kegemarannya. Keterujaannya terhadap produk itu membuatkan saya tertarik untuk membelinya di kedai tempoh hari. Bila sudah rasa, memang sedap! Tao Kae Noi brandnya. Tetapi saya bukanlah nak mempromosikan produk itu di sini. Saya ingin berkongsi bagaimana gigihnya pengasas Tao Kae Noi ini cuba untuk memasarkan produknya.
Bagaimana saya tahu? Sebab saya tertengok kisah hidupnya di TV. Sebuah filem bertajuk Billionaire. Beliau berasal dari Thailand. Kisah hidupnya sangat menarik dan inspiring bagi saya. Beliau mula untuk berniaga dengan minatnya bermain online games. Kerana terlalu asyik bermain, pelajarannya terabai. Beliau kemudiannya cuba menjual alatan online games nya dan dari situ mula mendapat sedikit extra income. Pada umur 18 tahun, ibu bapanya muflis dan terpaksa berhijrah dan meninggalkannya dengan hutang 40 juta Baht (~RM4juta). Macam-macam beliau cuba untuk jual hinggalah beliau cuba untuk hasilkan produk seaweed nya sendiri.
Beliau cuba untuk pasarkan produknya di 7 Eleven. Pada perjumpaan pertama, produknya ditolak kerana terlalu mahal dan packaging terlalu besar. Beliau ambil nasihat mereka dan tukar packaging supaya lebih menarik dan kecil. Beliau pergi semula ke HQ 7Eleven membawa produk seaweed dengan packaging yang baru. Beliau terpaksa tunggu hingga petang untuk berjumpa dengan pegawai pemasaran 7Eleven dan akhirnya give up. Beliau tinggalkan produknya di dalam lif. Ada seorang staf 7Eleven ternampak dan membawa masuk produk itu dan distribute pada staf-staf yang lain. Akhirnya produk beliau diterima dengan beberapa syarat:
1) 7 Eleven mahu melihat kilangnya untuk mengesahkan pengkitirafan GMP.
Tetapi beliau hanya menghasilkan seaweed itu di dapur rumah yang kecil! 

2) Beliau harus meletakkan total 70,000 paket di setiap cawangan 7Eleven dan menyiapkannya dalam masa 2 bulan.
Tetapi dengan hanya dia dan pakciknya sahaja bekerja, bagaimana untuk memenuhi syarat mereka!

Memang menarik melihat kesungguhan beliau untuk membina empayarnya. Sekarang, pada umur yang sangat muda ( <30 tahun) beliau merupakan seorang industry leader dalam seaweed product di Thailand dan billionaire yang berjaya. Sekarang ini, kita boleh lihat produknya terjual di serata Asia dan US!
Inspiring? Sangat!

Sunday, 13 October 2013

[Tips Sihat Dr Zura] Keadaan Najis Menentukan Tahap Kesihatan Badan

Assalamualaikum

Checklist untuk hari ini berkenaan najis :|

1) Harini sudah buang air kecil/besar?
2) Harini dapat najis yang berkualiti ke tidak?

HA? Najis berkualiti?? Mungkin perkara ini agak jijik untuk sesetengah orang. Bagi yang tidak berapa gemar dengan topik ini, boleh skip membaca. Bagi yang betul-betul ingin tahu tentang kesihatan, ingin peka dengan keadaan badan sendiri, boleh sambung membaca :)

NAJIS BERKUALITI

  • Saiz
    • Besar dan panjang
    • Najis perlu mengikut saiz usus besar 
  • Warna
    • Kuning / coklat cair
  • Terapung
    • Najis yang tenggelam menunjukkan badan kita kekurangan fibre
  • Bau
    • Tidak terlalu busuk sampai 1 rumah boleh bau :|
    • Jika busuk, bermakna najis telah lama tersimpan dalam badan
Kalau anda dapat semua ini, TAHNIAH anda sihat dan berjaya :D




Thursday, 10 October 2013

[Diari Dr Zura] Sihat Holistik Cara Rasullullah

Assalamualaikum

Saya ke kedai buku baru-baru ini.
Di section depan, saya ternampak buku ini.
Last2, saya decide untuk beli.
Insya Allah akan saya kongsikan sedikit sebanyak apa yang menarik terdapat dalam buku ini :)

Monday, 7 October 2013

[Remedi Dr Zura] : Sakit Tekak

Bismillah ArRahman ArRahim

Pagi tadi saya bangun dengan tekak yang perit. Suara pon seksi :P
Jadi apa saya buat? 
  • Saya tuang air panas dalam mug yang tinggi
  • Saya rendam uncang teh Luchun selama 2 minit
  • Saya tambahkan 1 sudu besar Madu Iran 
  • Juga 1 sudu besar Apple Cider Vinegar
  • Secubit serbuk kayu manis
  • Minum ketika masih panas. Sungguh nikmat ~ 
Disebabkan nikmat sangat, saya buat 1 lagi mug. MmmMMmm..
Lebih bagus kalau perahkan lemon. Tapi apakan daya, lemon tak jumpe dalam fridge :(

OH! Saya hampir terlupa. Rehat yang secukupnya juga sangat-sangat penting. Jangan lupa ya!

Simple dan tak renyah. Sekarang tekak saya tak perit lagi. Suara pon tidaklah seseksi pagi tadi :P
Untuk sesiapa yang sakit tekak juga, boleh cuba remedi saya ini. Buat berulang-ulang kali sehinggalah tekak sudah sihat. InshaAllah, suara boleh kembali kepada nada yang asal :P Ok? 

Sunday, 6 October 2013

My Story

Assalamualaikum

Salam Perkenalan :)
Nama saya Irna Izura Ishak. Saya suka untuk menulis begitu kerana sejak sekolah lagi saya suka dengan initial III. Sesetengan kawan mengenali saya dengan initial irizis, diambil dari sukukata pertama nama saya. Ahli keluarga saya lebih selesa memanggil saya Zura, jadi dari situlah title blog ini dicipta :)
Kepakaran saya ialah dalam membantu golongan muda untuk membina sistem imun badan yang kuat dan kekal sihat supaya dapat menangkis dan menepis penyakit-penyakit kronik dengan memberi khidmat nasihat serta perundingan tentang kesihatan, pemakanan, juga perubatan secara holistik dan semulajadi.
Ramai golongan muda kini yang menghidapi sakit kronik di usia yang muda, berbeza dengan nenek moyang kita dahulu yang ketika di zaman tua mereka pon masih mampu untuk ke sawah membanting tulang, membuat kerja-kerja berat. Pada zaman lampau, hanya orang yang sudah tua menghidapi penyakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tapi sedihnya, zaman kita sekarang, penyakit itu sudah boleh dijumpai pada bayi! Macam mane tu? 

Jujur saya katakan, saya juga naif dalam bab kesihatan pada zaman remaja saya. Saya fikir, kalau kita tidak ada penyakit yang 'bernama', kita sihat. Kalau kita tidak terlantar di hospital, kita sihat. Jika kita tidak mengambil ubat-ubatan, kita bukanlah orang sakit. Ternyata saya silap. Kesihatan itu luas aspeknya. Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal dan pembuangan yang tidak lancar. Tetapi ketika itu saya berasa saya masih sihat kerana masalah saya bukanlah 'bernama'. 'Bernama' di sini maksudnya penyakit-penyakit yang diberi nama dalam terma perubatan contohnya diabetes, sakit jantung, kanser dll. Apalah sangat masalah saya ini nak dibandingkan dengan penyakit 'bernama' walaupun ada ketikanya saya berasa rimas, boleh sampai merosakkan kesihatan mental. Apa yang saya lakukan ketika itu, seperti juga kebanyakan orang , berjumpa doktor dan meminta khidmat nasihat kepakaran mereka. Untuk beberapa tahun, saya perlu mengambil ubatan doktor untuk masalah saya. Itu sahaja usaha saya untuk memperbaik kesihatan saya.

Masalah saya berlanjutan hingga saya di universiti. Saya cuba untuk mencari alternatif lain untuk memperbaik masalah kesihatan saya. Memang betullah, hidup tanpa ilmu atau tidak cukup ilmu sia-sia. Alhamdulillah, saya dapat belajar yang menjaga kesihatan ini bukanlah semata-mata mengambil ubat-ubatan. Aspek lain contohnya pemakanan, senaman, pemikiran yang positif, cara hidup dan banyak lagi perlu dititikberat untuk betul-betul sihat; SIHAT HOLISTIK.  Sayur-sayuran yang simple seperti bawang pun boleh dijadikan remedi ketika sakit. Pergerakan senaman yang mudah perlu untuk memastikan perjalanan darah lancar. Bagi yang beragama Islam, kita perlu bersyukur kerana pergerakan dalam solat itu sendiri merupakan senaman terbaik untuk kesihatan badan kita. Antara perkara paling menarik yang saya pelajari, kita boleh uji tahap kesihatan badan kita melalui najis kita sendiri! Hah! InsyaAllah akan saya kongsikan pada entry yang lain. 

Setelah mempelajari ilmu yang sangat menarik tentang sihat holistik ini membuat saya sangat-sangat teruja dan berasa rugi jika tidak dapat berkongsi ilmu ini dengan orang lain sekaligus membantu orang lain hidup lebih sihat dan sempurna. Saya berharap golongan muda khususnya di Malaysia ini akan lebih peka dengan kesihatan badan mereka, bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri tetapi juga kepentingan orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Cara hidup zaman moden ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan kesihatan badan kita. Seronok kalau dapat kembali pada zaman nenek moyang kita, di mana udara masih segar, pencemaran bumi sangat minima, makanan diambil dari dapur dan bukan dari dalam tin, manusia tidak terkejar-kejar dalam kehidupan...
Betul ke betul?

Jom sama-sama kita berkongsi ilmu untuk menjadi orang yang lebih berjaya dunia dan akhirat. Amin insyaAllah.