Assalamualaikum
Salam Perkenalan :)
Nama saya Irna Izura Ishak. Saya suka untuk menulis begitu kerana sejak sekolah lagi saya suka dengan initial III. Sesetengan kawan mengenali saya dengan initial irizis, diambil dari sukukata pertama nama saya. Ahli keluarga saya lebih selesa memanggil saya Zura, jadi dari situlah title blog ini dicipta :)
Kepakaran saya ialah dalam membantu golongan muda untuk membina sistem imun badan yang kuat dan kekal sihat supaya dapat menangkis dan menepis penyakit-penyakit kronik dengan memberi khidmat nasihat serta perundingan tentang kesihatan, pemakanan, juga perubatan secara holistik dan semulajadi.
Ramai golongan muda kini yang menghidapi sakit kronik di usia yang muda, berbeza dengan nenek moyang kita dahulu yang ketika di zaman tua mereka pon masih mampu untuk ke sawah membanting tulang, membuat kerja-kerja berat. Pada zaman lampau, hanya orang yang sudah tua menghidapi penyakit jantung, darah tinggi, kanser dan sebagainya. Tapi sedihnya, zaman kita sekarang, penyakit itu sudah boleh dijumpai pada bayi! Macam mane tu?
Jujur saya katakan, saya juga naif dalam bab kesihatan pada zaman remaja saya. Saya fikir, kalau kita tidak ada penyakit yang 'bernama', kita sihat. Kalau kita tidak terlantar di hospital, kita sihat. Jika kita tidak mengambil ubat-ubatan, kita bukanlah orang sakit. Ternyata saya silap. Kesihatan itu luas aspeknya. Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak normal dan pembuangan yang tidak lancar. Tetapi ketika itu saya berasa saya masih sihat kerana masalah saya bukanlah 'bernama'. 'Bernama' di sini maksudnya penyakit-penyakit yang diberi nama dalam terma perubatan contohnya diabetes, sakit jantung, kanser dll. Apalah sangat masalah saya ini nak dibandingkan dengan penyakit 'bernama' walaupun ada ketikanya saya berasa rimas, boleh sampai merosakkan kesihatan mental. Apa yang saya lakukan ketika itu, seperti juga kebanyakan orang , berjumpa doktor dan meminta khidmat nasihat kepakaran mereka. Untuk beberapa tahun, saya perlu mengambil ubatan doktor untuk masalah saya. Itu sahaja usaha saya untuk memperbaik kesihatan saya.
Masalah saya berlanjutan hingga saya di universiti. Saya cuba untuk mencari alternatif lain untuk memperbaik masalah kesihatan saya. Memang betullah, hidup tanpa ilmu atau tidak cukup ilmu sia-sia. Alhamdulillah, saya dapat belajar yang menjaga kesihatan ini bukanlah semata-mata mengambil ubat-ubatan. Aspek lain contohnya pemakanan, senaman, pemikiran yang positif, cara hidup dan banyak lagi perlu dititikberat untuk betul-betul sihat; SIHAT HOLISTIK. Sayur-sayuran yang simple seperti bawang pun boleh dijadikan remedi ketika sakit. Pergerakan senaman yang mudah perlu untuk memastikan perjalanan darah lancar. Bagi yang beragama Islam, kita perlu bersyukur kerana pergerakan dalam solat itu sendiri merupakan senaman terbaik untuk kesihatan badan kita. Antara perkara paling menarik yang saya pelajari, kita boleh uji tahap kesihatan badan kita melalui najis kita sendiri! Hah! InsyaAllah akan saya kongsikan pada entry yang lain.
Setelah mempelajari ilmu yang sangat menarik tentang sihat holistik ini membuat saya sangat-sangat teruja dan berasa rugi jika tidak dapat berkongsi ilmu ini dengan orang lain sekaligus membantu orang lain hidup lebih sihat dan sempurna. Saya berharap golongan muda khususnya di Malaysia ini akan lebih peka dengan kesihatan badan mereka, bukan sahaja untuk kepentingan diri sendiri tetapi juga kepentingan orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Cara hidup zaman moden ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kemerosotan kesihatan badan kita. Seronok kalau dapat kembali pada zaman nenek moyang kita, di mana udara masih segar, pencemaran bumi sangat minima, makanan diambil dari dapur dan bukan dari dalam tin, manusia tidak terkejar-kejar dalam kehidupan...
Betul ke betul?
Jom sama-sama kita berkongsi ilmu untuk menjadi orang yang lebih berjaya dunia dan akhirat. Amin insyaAllah.

No comments:
Post a Comment