Wednesday, 16 October 2013

[Inspired Dr Zura]: Billionaire Usia Muda

Salam

Beberapa bulan yang lepas, ada seorang rakan baik saya share tentang 1 produk seaweed kegemarannya. Keterujaannya terhadap produk itu membuatkan saya tertarik untuk membelinya di kedai tempoh hari. Bila sudah rasa, memang sedap! Tao Kae Noi brandnya. Tetapi saya bukanlah nak mempromosikan produk itu di sini. Saya ingin berkongsi bagaimana gigihnya pengasas Tao Kae Noi ini cuba untuk memasarkan produknya.
Bagaimana saya tahu? Sebab saya tertengok kisah hidupnya di TV. Sebuah filem bertajuk Billionaire. Beliau berasal dari Thailand. Kisah hidupnya sangat menarik dan inspiring bagi saya. Beliau mula untuk berniaga dengan minatnya bermain online games. Kerana terlalu asyik bermain, pelajarannya terabai. Beliau kemudiannya cuba menjual alatan online games nya dan dari situ mula mendapat sedikit extra income. Pada umur 18 tahun, ibu bapanya muflis dan terpaksa berhijrah dan meninggalkannya dengan hutang 40 juta Baht (~RM4juta). Macam-macam beliau cuba untuk jual hinggalah beliau cuba untuk hasilkan produk seaweed nya sendiri.
Beliau cuba untuk pasarkan produknya di 7 Eleven. Pada perjumpaan pertama, produknya ditolak kerana terlalu mahal dan packaging terlalu besar. Beliau ambil nasihat mereka dan tukar packaging supaya lebih menarik dan kecil. Beliau pergi semula ke HQ 7Eleven membawa produk seaweed dengan packaging yang baru. Beliau terpaksa tunggu hingga petang untuk berjumpa dengan pegawai pemasaran 7Eleven dan akhirnya give up. Beliau tinggalkan produknya di dalam lif. Ada seorang staf 7Eleven ternampak dan membawa masuk produk itu dan distribute pada staf-staf yang lain. Akhirnya produk beliau diterima dengan beberapa syarat:
1) 7 Eleven mahu melihat kilangnya untuk mengesahkan pengkitirafan GMP.
Tetapi beliau hanya menghasilkan seaweed itu di dapur rumah yang kecil! 

2) Beliau harus meletakkan total 70,000 paket di setiap cawangan 7Eleven dan menyiapkannya dalam masa 2 bulan.
Tetapi dengan hanya dia dan pakciknya sahaja bekerja, bagaimana untuk memenuhi syarat mereka!

Memang menarik melihat kesungguhan beliau untuk membina empayarnya. Sekarang, pada umur yang sangat muda ( <30 tahun) beliau merupakan seorang industry leader dalam seaweed product di Thailand dan billionaire yang berjaya. Sekarang ini, kita boleh lihat produknya terjual di serata Asia dan US!
Inspiring? Sangat!

No comments:

Post a Comment